TERKINI

Bahasa Melayu: Undang-undag kecil Iklan berasaskan Perlembagaan – KP Pejuang

Rafique Rashid (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 26 Nov 24 – Ketua Penerangan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rafique Rashid menegaskan bahawa iklan dan papan tanda adalah tertakluk dibawah Seksyen 3 Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1982 adalah berasaskan perlembagaan yang meletakkan taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam satu kenyataan, Rafique berkata bahawa Garis Panduan Perancangan Papan Tanda Premis Perniagaan 2018 yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah cukup jelas bahawa bahasa Melayu jadi keutamaan.

“Bahasa lain dibenar saiz hanya ¾ dari bahasa utama.

“Garis panduan ini untuk rakyat mana? Malaysia atau China? soal beliau.

Kenyataan Rafique adalah antara beberapa kritikan dari pelbagai pihak mengenai kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing baru-baru ini yang dilaporkan berkata, penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan tindak balas melampaui batas dan mampu mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong.

Menurutnya tindakan itu menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

Terdahulu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan kebimbangan terhadap penggunaan meluas tulisan Cina atas papan tanda di sebuah kompleks beli-belah Kuala Lumpur, yang menurutnya memberi kesan kepada identiti kebangsaan.

Dalam kenyataan yang sama, Rafique yang juga seorang peguam turut mempersoalkan adakah dengan mengutamakan bahasa Melayu menjadikan negara ini perkauman.

“Masih ada lagikah yang tolak bahasa melayu?

“Adakah garis panduan papan tanda ini sudah diubah?

“Kita negara berdaulat tidak harus tunduk pada mana-mana kuasa luar.

“Perpaduan hanya terbentuk melalui satu bahasa. Ujarnya – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp