TERKINI

Insiden Peniaga dan DBKL : Perkasa Wilayah Anggap Tindakan Tak Bertamadun

Dato Zaharin Mohd Yasin (gambar kecil) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 10 Mac 25 – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia menyifatkan insiden Penguatkuasa Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penjaja bulan ramadan yang tular baru-baru ini sebagai tidak bertamadun.

Yang Dipertua (YDP) Perkasa Wilayah Persekutuan, Dato Zaharin Mohd Yasin berkata dalam satu kenyataan yang diedarkan menerusi applikasi whatsapp berkata, Perkasa menyokong apa jua tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja yang tidak mematuhi undang-undang, namun tindakan tersebut mestilah beradab.

“PERKASA Wilayah Persekutuan menyokong sebarang tindakan kepada penjaja dan peniaga yang tidak mematuhi undang-undang seperti tidak berlesen dan tempat larangan berniaga.

“Tetapi mesti beradab sebagai negara yang memegang prinsip ke Lima Rukun Negara kesopanan dan kesusilaan. Ujarnya.

Menurut beliau, tindakan tersebut juga perlu menggunakan budi bicara selain apa yang tertulis di dalam undang-undang peguatkuasaan.

“Tindakan mesti menggunakan yang tidak tertulis dalam undang-undang Penguatkuassan ia itu Budi Bicara dan Kemanusian.

“Tindakan Kreatif mesti melalui Komunikasi surat saman. (1). Hantar surat saman untuk tindakan akan mengosongkan kawasan penjaja itu.. (2).

“Lampirkan borang butiran peribadi untuk di isi oleh mereka yang kena saman dan serah kepada DBKL dan terakhir ke (3) Notis Merah di keluarkan untuk sehari lagi bagi tujuan membersihkan kawasan itu termasuk gerai dan sebagainya. Tambah beliau.

Dalam pada itu, Zaharin turut menawarkan diri untuk bertemu pihak penguatkuasa DBKL bagi membincangkan isu penjaja dan peniaga Melayu di bawah pentadbiran DBKL.

Terdahulu, media melaporkan, penguat kuasa DBKL cedera diserang penjaja tidak berlesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, dalam dua kejadian berasingan.

DBKL dalam kenyataan berkata, dua laporan polis dibuat berhubung kejadian mendatangkan kecederaan kepada penguat kuasa.

Susulan itu, empat individu ditahan.

Sebelum itu, tular di media sosial memaparkan seorang penjaja wanita bergelut dengan beberapa penguat kuasa DBKL yang sedang menjalankan tugas di sekitar ibu negara.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, wanita tempatan berusia 30 tahun itu dituduh di mahkamah, di sini, semalam.

“Wanita itu dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam) dan dia mengaku bersalah sebelum dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh mahkamah,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp