TERKINI

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Menurun

foto malayadaily.com

BATU PAHAT, 18 Mac 2023 – Banjir di Johor semakin surut dengan jumlah mangsa yang masih di pusat peindahan sementara (PPS) ialah 21,127 orang di dua daerah setakat semalam.

Menurut Jawatakuasa Pengurusan Bencara Banjir Negeri (JPBN) terdapat penyusutan angka mangsa banjir berikutan ramai yang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berbanding 23,663 orang pada hari sebelumnya.

Sementara itu, JPBN memaklumkan sebanyak 83 PPS masih dibuka di dua daerah yang terjejas iaitu Batu Pahat dan Segamat.

Dalam perkembangan yang sama, terdapat lima jalan yang masih belum dibuka sepenuhnya dengan hanya kenderaan berat yang dibenarkan melalui jalan berkenaan.

“Jalan-jalan tersebut ialah Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung berhampiran Jambatan Sri Dayung; Jalan Parit Jambi (Jambatan Parit Jambi) dan Jalan Haji Arif (Klinik Kesihatan Sri Medan).

“Turut ditutup kepada kenderaan ringan ialah Jalan Parit Warijo (sepanjang jalan) dan Jalan Sri Bengkal (Kampung Sri Bengkal),” demkian menurut jawatankuasa itu. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp