TERKINI

Karya P. Ramlee Terus Jadi Rujukan

foto kredit demimalaiu.com

KUCHING, 22 Mac 2023 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Sarawak hari ini menganjurkan program tayangan filem dan apresiasi sempena Hari Seniman Kebangsaan.

Filem seniman agung tanah air Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Anakku Sazali menjadi filem pilihan program yang diadakan di Auditorium Finas Sarawak di Jalan Sultan Tengah, di sini.

Pengarah Finas Borneo Mohammad Rizal Yunus berkata acara tersebut diadakan bagi mendedahkan masyarakat kepada filem arahan P. Ramlee selain membincangkan serta mendalami nilai-nilai baik yang boleh menjadi pengajaran kepada penonton.

Jelasnya walaupun karya-karya P. Ramlee sudah lama diterbitkan namun ia masih releven dan menjadi ingatan sehingga hari ini.

Malah tambahnya filem Allahyarham juga masih menjadi rujukan pembikin filem terutamanya dari aspek teknikal seperti jalan cerita dan juga skrip.

“ini menunjukkan kita masih melihat P. Ramlee sebagai satu rujukan malah mampu memberi satu inspirasi buat generasi akan datang, katanya semasa menjadi panel program apresiasi yang membincangkan karya P. Ramlee pada acara berkenaan. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp