
KUALA LUMPUR, 2 Mac 2025 – Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalakkan penyelidik dan universiti awam menjalankan kajian untuk memperkasa ekonomi Bumiputera menerusi geran yang beliau sediakan.
Bercakap dalam wacana ‘Masa depan Ekonomi Bumiputera’ baru-baru ini, Muhyiddn berkata Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menyediakan geran bernilai RM 100 ribu menerusi Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) bagi tujuan tersebut.
“Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, saya mengumumkan pelancaran geran MPDP 3.0 dengan tema “Pemerkasaan Bumiputera dan Kemakmuran Bersama” dengan nilai keseluruhan berjumlah RM100,000.
“Para penyelidik terutamanya dari universiti awam dan swasta digalakkan untuk memohon geran ini bagi menjalankan kajian dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan pemerkasaan ekonomi Bumiputera dan usaha-usaha mewujudkan kemakmuran bersama dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Katanya.
Tambah beliau, usaha menerusi kajian dibawah MPDP 3.0 ini diharap akan dapat merumuskan dasar dan strategi yang lebih ampuh dan berkesan untuk memacu pembangunan ekonomi Bumiputera.
“Saya berharap kajian-kajian yang akan dilaksanakan di bawah program MPDP 3.0 ini akan meneliti secara lebih terperinci data-data asas dalam Laporan Sosio Ekonomi Bumiputera:
“Analisis Semasa yang dibentangkan hari ini dan menumpukan kepada bidang-bidang utama yang akan memacu ekonomi Bumiputera.
“Hasil kajian ini diharapkan dapat merumuskan dasar dan strategi yang lebih ampuh dan berkesan dalam memacu pembangunan ekonomi Bumiputera khususnya dan pembangunan ekonomi negara amnya.
Terdahulu, sebelum uacapan perasmian tersebut, Presiden BERSATU itu turut menghadiri forum yang membariskan panel dikalangan pakar ekonomi separti Dr. Muhammed Abdul Khalid, Datuk Dr Ramzah Dambul, Ahmad Yazid Othman Rosli. – malayadaily.com