TERKINI

NGO Mohon 1 Muharam Diiktiraf Hari Peradaban Bangsa Melayu

KUALA LUMPUR, 28 Jun 25 – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memohon agar 1 Muharam dijadikan sebagai hari peradaban bangsa Melayu

Pengerusi Pertubuhan Nasionalis Tanah Air Aminuddin Yahaya berkata, langkah itu adalah bagi menjadi medan menyatukan warisan dan masa depan bangsa Melayu-Islam melalui seni, sejarah, budaya, ilmu dan nilai yang berakar dari jati diri dan agama Islam.

“Kita mohon kerajaan iktiraf 1 Muharam sebagai hari peradaban bangsa Melayu, beri peluang rakyat seluruh negara.

“Sedikit masa lagi akan hantar cadangan kepada pemerintah, cadangan kita kenapa perlunya jadi hari peradaban bangsa Melayu,” katanya ketika sidang media sempena sambutan di Cyberjaya, hari ini.

Menurut Aminuddin, antara matlamat sambutan itu adalah bagi meneguhkan pemikiran bangsa Melayu berasaskan nilai Islam dan budaya.

Selain itu, acara itu juga bagi memupuk kecintaan terhadap sejarah dan keunggulan ketamadunan Melayu selain menyokong pertumbuhan ekonomi warisan dan industri budaya tempatan.

“Menjadikan 1 Muharam sebagai hari Peradaban bangsa Melayu peringkat nasional juga adalah bagi menyemarakkan elemen rohani seperti selawat, zikir dan tahlil secara terbuka,” katanya.

Facebook
Twitter
WhatsApp