20 Jan — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menzahirkan penghargaan dan sanjungan setinggi-tingginya terhadap titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan titah Tuanku dengan penuh tanggungjawab.
Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan keturunan wajar menguasai serta menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai tanda kesetiaan kepada negara dan penghormatan terhadap Perlembagaan.
“Titah Tuanku yang menegaskan agar tidak ada pihak yang memandang ringan keupayaan berbahasa Melayu adalah peringatan yang amat wajar dan tepat pada masanya.
“PERKASAberharap dan mendesak agar Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil serius serta melaksanakan Titah Tuanku dengan penuh tanggungjawab. Ujarnya
Menurut Syed Hassan, pemerkasaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan akan memperkukuh perpaduan nasional, mengukuhkan identiti Malaysia, dan memastikan generasi akan datang memahami asas kenegaraan yang telah dipersetujui sejak kemerdekaan.
“Sekolah-sekolah di dalam negara ini, sama ada sekolah kebangsaan mahupun aliran lain, hendaklah mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama selaras dengan semangat Perlembagaan dan hasrat pembinaan negara bangsa. Katanya.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, sebarang usaha untuk mengadakan sistem pendidikan baharu mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.
Baginda bertitah semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-15 di bangunan Parlimenh, bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaaan.
“Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia. Titah Baginda. – malayadaily