
31 Ogos 1957 hari keramat buat kita. Laungan Merdeka bergema diseru Perdana Menteri pertama tercinta, disahut rakyat semua bangsa di Stadium pertama negara.
Terlalu gembira tercapai hasrat merdeka, kita kurang tumpu kepada sistem yang diwarisi dari orang putih Barat.
Kita terima sahaja sistem pendidikkan mereka walaupun tidak padan dengan pandangan alam Quran dan sunnah untuk melahir khalifahtul ardh.
Kita terima sistem barat yang ingin pisahkan pendidikkan padri dan pendidikan awam dan ketepikan ketuntutan ilmu syumul yang meliputi dunia dan akhirat yang dituntut ugama kita.
Dan malang sekali kita terima sistem wang Yahudi / Barat yang diamal berzaman zaman oleh orang puteh.
Sistem wang dan sistem bank kita dicipta oleh Yahudi sudah berzaman-zaman. Kita terima sahaja sebab ia datang dari orang putih dan kita yakin pasti terbaik.
Siapa kita, siapa orang putih? Kita orang Islam yang dituntut menjunjung Quran dan Sunnah. Mereka ugama Kristian yang percaya tuhan tiga, riba sederhana ialah halal, dan semestinya nilai-nilai dan ketetapan-ketetapan mereka tidak berpaksi kepada Quran dan Sunnah.
Tidak mengapa, ayahanda-ayahanda kita terlalu sibuk perjuang merdeka. Kita berterima kasih kepada mereka diatas pengorbanan mereka.
Yang kita ini yang sedang nikmat erti kemerdekaan -kebebasan, keamanan, suasana befikir yang lengkap.
Mengapa kita generasi selepas generasi ayahanda tidak berfikir untuk mentahsinniyyahkan kemederkaan kita dengan mengubah sistem-sistem hidup kita, sistem pendidikkan dan sistem monetari yang lebih cocok dan selari dengan tuntutan Quran dan Sunnah?!
Kita bicara sistem monetari. Kiat alun surah AlBaqarah ayat 280 dalam solat kita. Kita laungkan Allah dan Rasul istihar perang terhadap pengamal Riba. Tetapi kita agung dan bergelumang dalam sistem dan amalan riba!
Cerdik pandai kita ubah Kadar Riba Negara untuk perbaiki ekonomi kita. Mereka belajar dari Riba Masters antarabangsa.
Ketua politik negara kita isytihar mereka ini ada hak mutlak untuk melaku apa sahaja yang mereka mahu, termasuk mengangungkan tuntutan Riba Masters.
Timbul suatu ahli akademik tahap dunia yang menunjuk kesilapan kita mengagung pandangan alam barat dan tidak mengagungkan pandangan alam Quran Sunnah.
Ada kita ambil kira pandangan beliau dan cuba ubah aliran sistem kita kepada yang berpaksi Quran dan Sunnah?
Tidak! Kita hanya diamkan dia dengan kalungan hormat demi kalungan hormat tanpa mempraktik nasihat beliau.
Sekali lagi kami terangkan. Wang yang paling banyak dalam negara ini ialah wang jenis nombor yang berpindah dari akaun bank ke akaun bank. Wang ringgit dan sen dalam poket hanya 5% jumlah wang dalam negara. Wang nombor – 95%.
Wang nombor ini tercipta bila bank memberi pinjaman atau pembiayaan.
Sekira wang nombor ini dihala bank kepada ekonomi sebenar, ini bagus juga – ia mencipta output ekonomi dan pekerjaan.
Tidak! Tanpa dikawal, duit-duit lebih dihala industri bank kepada pinjaman peribadi, kad kredit dan seumpama. 80% sektor peribadi dan hanya 30% kepada ekonomi sebenar, yakni syarikat dan semua perusahaan dan industri.
Ini menghadiah inflasi wajib tanpa henti kepada rakyat.
Dan yang 30% pergi ke ekonomi sebenar hanya 16% pergi ke sektor IKS yang mencipta 70% pekerjaan dalam negara.
Ini menghadiahkan pengangguran kepada anak muda dan graduan; menghadiah keciputan gaji kepada yang dapat kerja, dan juga secara amnya menciputkan gaji ayah dan ibu mereka.
Itulah sebabnya yang menjual belon itu usaha juga untuk menjual belon. Putus punca, dia pun ingin beraya, ingin beri duit raya kepada anak saudara dan sedikit kuih atau lemang untuk ibu bapa.
Itu sebabnya Pakcik jual petai itu berusaha menjual petai. Nak beri juga duit raya kepada anak saudara yang datang. Nak beli baju raya kepada isteri yang pakai baju lusuh setiap tahun.
Dimana belas nya? Dimana perihatinnya pihak berkuasa?
Takpe bang, takpe pakcik, Allah Maha Kaya. Orang kata kalau nak manja biarlah kepada yang sayang.
Muhammad Zahid Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi, Gerakan Keadilan Monetari / Movement for Monetary Justice, Malaysia
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com