Konsep negara kepelbagaian bangsa atau pun negara “multi racial” adalah satu konsep yang ditolak oleh semua negara di dunia ini.
Negara-negara Eropah yang selalu kita anggap mempunyai pemikiran yang terbuka, telah menolak konsep kepelbagaian budaya. Negara-negara seperti Britain dan Perancis adalah yang lantang menolak konsep ini.
Nicolas Sarkozy sewaktu menjadi presiden Perancis, secara terbuka menyatakan “jika kamu mahu menjadi rakyat Perancis, bertutur didalam bahasa Perancis dan hidup cara orang Perancis”. Mereka memilih asimilasi, bukan intergrasi apatah lagi kepelbagaian budaya.
Jika kita merujuk kepada Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Mereka ini adalah negara imigran.
Kita dapat melihat apa yang terjadi kepada penduduk asal yang telah hidup ribuan tahun di atas tanah nenek moyang mereka, mereka tidak menguasai pentadbiran negara, mereka dibiarkan miskin, malah mereka di sekat sehingga di peruntukkan satu kawasan untuk mereka tinggal dalam keadaan asal dan dijadikan sebagai tarikan pelancung.
Walaupun mereka sebuah negara imigran tetapi, yang mendominasi ialah kaum kulit putih. Kerana mereka kaum yang kaya dan maju.
Jika hendak diambil kira, New Zealand dan Singapura juga negara yang dikuasai imigran.
Dilaporkan negara Finland mengamalkan kepelbagaian kaum. Tetapi jika kita kaji, penduduk Finland yang hanya berjumlah 5 juta lebih sedikit itu demografinya ialah bangsa Finns bejumlah hampir 90 peratus. Maka kewatanan bangsa Finns tidak mungkin akan tergugat.
Netherland dan Sweden pernah mengamalkan konsep negara pelbagai budaya. Namun pada sekitar tahun 90an, Sweden telah mengkaji semula undang-undang yang memberi status sama rata sementara Netherland terus menghapuskannya.
Pada keseluruhannya ketua-ketua negara Kesatuan Eropah (EU) telah mengisytiharkan konsep kepelbagaian budaya sebagai sesuatu yang gagal.
Kita lihat sekililng kita, negara-negara ASEAN. Thailand, Indonesia, Myanmar, Filipina, Kemboja, Laos dan Vietnam membina negara bangsa asimilasi.
Brunei membina negara bangsa, satu bangsa; iaitu Melayu, Islam dan mempunyai Raja. Singapura membina negara bangsa yang mengangkat budaya Inggeris-Kecinaan.
Malaysia membina negara bangsa integrasi, dimana kepelbagaian diraikan, setiap rakyat di lindungi haknya, walaupun bahasa kebangsaan ialah Melayu, tetapi hak untuk menggunakan dan mempelajari bahasa ibunda dibenarkan.
Walaupun Agama persekutuan ialah Islam, agama lain bebas di praktikkan. Namun teras utama ialah bangsa watan, iaitu Melayu, Islam dan Raja berperlembagaan.
Konsep negara kepelbagaian bangsa ini adalah lebih kepada hendak menjaga kepentingan minoriti. Sedangkan identiti nasional menjurus kepada bangsa watan yang majoriti dan dominan.
Seperti mana peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang begitu jelas memberikan identiti Malaysia. Tidak mungkin untuk kita menerima satu konsep negara bangsa yang akan mengikis jati diri kewatanan bangsa di Tanah Melayu ini.
Azman Mohd Hashim – Semangat Melayu
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com