Tindakan Khairy Jamaluddin, Johan Raja Lawak dan Fara Fauzana tidak mempunyai sebarang unsur kesalahan yang dilakukan ketika bersiaran di BekPes Hot(HotFM) baru-baru ini.
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Memteri Malaysia kali pertama dahulu pelbagai kecaman, fitnah seranah serta serangan untuk mencemarkan kredibiliti mantan Perdana Menteri dia kali ini ke seluruh dunia.
Setiap hari sabtu dan ahad pula pada tahun 1998 Anwar Ibrahim menganjurkan reformasi jalanan yang merosakkan pelbagai aset kerajaan pada waktu dan berita ini telah berkumandang ke seluruh dunia.
Apakah waktu itu pelbagai anjuran yang menyalahi undang-undang yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim untuk mempersendakan imej serta reputasi Perdana Menteri Malaysia dibolehkan pula?
Mengapa pada waktu itu prinsip dalam buku Sun Tzu Art of War tidak diambil kira? Kenapa sekarang baru hendak bercakap mengenai prinsip tersebut.
Ini negara demokrasi yang membolehkan kita bebas bercakap mengenai apa saja asalkan jangan ada unsur-unsur provokasi mengenai ‘3R’ cukuplah.
Seseorang Perdana Menteri harus tabah dan terima hakikat untuk menghadapi perkara-perkara yang bersifat sindiran sinis dan sebagai.
Janganlah seseorang Perdana Menteri selaku Ketua Negara cepat ‘koyak’ dengan isu-isu yang remeh-temeh seperti ini.
Puak cepat ‘koyak’ ini semua harus ikut contoh teladan Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap cekal menghadapi perkara-perkara remeh temeh seperti ini.
Inilah masalah dengan puak bangang ini yang mudah terasa apabila mereka kena ‘getah’ tetapi apabila mereka melakukan serangan fitnah terhadap tikoh pemimpin lain tidak ambil kira pula mengenai reputasi negara kita?
Sekiranya golongan ‘pondan’ yang mudah ‘koyak’ ini terlalu sensitif serta hendak jaga sangat reputasi PMX dan negara maka saya inigin sarankan agar Anwar Ibrahim cepat keluarkan ‘berkotak-kotak’ bukti salahlaku seterusnya dakwalah Tun Dr Mahathir Mohamad di kamar mahkamah secepat yang mungkin.
Saya ‘angkat topi’ pada KJ, Johan Raja Lawak dan Fara Fauzana.
Mereka bertiga tidak harus memohon maaf bagi menginsafi puak bangang yang mudah ‘koyak’ itu.
-Tamat
Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com