TERKINI

Reformasi Adalah Kisah Silam, Hanya Dalam Kenangan

Foto – Aliran

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjanjikan perubahan besar ketika era reformasi. Namun setelah hampir dua tahun menerajui Putrajaya, apa yang tinggal hanyalah slogan—”Madani”—yang lebih banyak menjadi hiasan backdrop majlis rasmi berbanding dasar yang memihak kepada rakyat.

Anwar mewar-warkan kestabilan ekonomi, namun rakyat di bawah terus terpinga-pinga menanti dimana reformasi. Harga barang terus naik, tarif air naik, tarif elektirik pun akan naik, pengangkutan mahal. Kerajaan sibuk memetik angka makro dan laporan agensi penarafan, sedangkan dapur rakyat terus sunyi.

Jika benar ekonomi kukuh, mahu ambil dari golongan ‘maha’ kaya, mengapa tiada moratorium bersasar, tiada kawalan harga pintar, tiada strategi jangka pendek yang benar-benar terasa?

Retorik “inflasi terkawal” hanyalah kosmetik. Ia tidak menurunkan harga minyak masak atau bil elektrik di rumah flat.

Anwar lebih banyak beretorik daripada bertindak. Janji reformasi kehakiman, pembersihan GLC—semuanya tenggelam dalam kompromi politik.

Dan siapa rakan utama beliau hari ini? UMNO. Parti yang dulunya dimaki sebagai simbol rasuah dan feudal, kini duduk semeja kononnya demi “kestabilan”.

Apakah kestabilan yang dimaksudkan ialah kestabilan bagi elit politik, atau kestabilan rakyat membayar lebih demi menampung kegagalan dasar?

Anwar Ibrahim kini sedang menulis bab terakhir dalam kisah politiknya. Malangnya, bab ini dipenuhi dengan keangkuhan populariti, kompromi dengan musuh lama, dan kegagalan memahami denyut nadi rakyat.

Legasi beliau akan dilihat sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan Reformasi. Reformasi kini menjadi cerita silam yang kini hanya tinggal kenangan.

Facebook
Twitter
WhatsApp