
Perkasa ingin bertanya kepada YB Larry Sng, atas keperluan apakah untuk kerajaan negeri Sarawak untuk berikan status bumiputera kepada bangsa cina di Sarawak?
Perkasa percaya kepelbagaian bangsa dan etnik yang ada di Sarawak sudah cukup memadai tanpa perlu memberi status bumiputera kepada bangsa cina di Sarawak.
Sudahlah selama ini apa yang hak orang Melayu dapat hari ini seolah-olah bangsa lain juga dapat menikmatinya tapi hari ini ada pula desakan untuk memberikan status bumiputera kepada bangsa bukan Melayu?
Apa mesej yang YB Parlimen Julau ingin sampaikan?
Apakah hak-hak orang minoriti yang ada di semenanjung termasuk Sabah Sarawak tidak cukup lagi sehinggakan YB sanggup memberi cadangan yang tak masuk akal dengan memberi cadangan status bumiputera kepada orang cina?
YB Parlimen Julau perlu tahu kekayaan Ekonomi di negara ini telah berjaya dikuasai hampir semua masyarakat minoriti, ini juga termasuk dengan sistem pendidikan yang mengatakan urusan pendidikan rakyat Cina adalah urusan parti politik tertentu yang menguntungkan bangsa atau kaum tertentu?
Jadi adakah hak status bumiputera juga harus diberikan kepada rakyat minoriti iaitu Cina di negara ini?
Perkasa menggesa kerajaan Negeri Sarawak supaya tidak melayan permintaan tak masuk akal oleh Ahli Parlimen Julau ini, kerana ianya jelas dan terang tindakannya hanya untuk memadamkan bangsa Melayu sebagai bangsa Peribumi yang ada di negara ini.
Irwan Fahmi Ideris, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com