Kita sering melihat pelukis jalanan dibandar-bandar besar, melakar potret pelanggan dengan kreativiti yang tinggi. Pelukis jalanan mencari makan menggunakan kemahiran tinggi untuk melukis wajah seseorang sebagai karya atau buah tangan kenang-kenangan.
Namun, perubahan teknologi hari ini, telah berjaya meniru kemampuan kretif pelukis jalanan dengan menjadikan ianya mudah, cepat dan percuma.
AI (Artficial Inteligent) telah mengubah sesuatu yang musthail pada 10 tahun dulu, kini menjadi realiti. Applikasi ini begitu popular dan digunakan secara meluas oleh pelanggan.
Ciri yang dihasilkan imej potret AI yang cantik dan artistik terus dari hujung jari anda pada bila-bila masa sahaja.
Applikais tersebut bernama Portrait Studio yang merupakan salah satu inovasi Galaxy AI dalam Samsung Galaxy Z Flip6 terbaru. Dengan ciri ini, anda boleh menukar gambar wajah menjadi kartun 3D, lakaran, lukisan air dan banyak lagi. Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara menggunakan Portrait Studio, akan kami tunjukkan melalui artikel ini.
- Swafoto Untuk Dapatkan Gambar Pilihan Anda
Langkah pertama yang perlu anda lakukan semestinya mengambil gambar atau swafoto menggunakan kamera Samsung Galaxy Z Flip6. Namun, jika tiada orang di sekitar untuk membantu anda untuk mengambil gambar, usah risau kerana anda boleh sahaja melipat Galaxy Z Flip6 ini menjadi separuh dan letakkan di atas permukaan rata. Kemudian, tunjukkan telapak tangan anda kepada kamera untuk mula mengambil gambar. Malah, ciri FlexZoom juga akan diaktifkan secara automatik apabila kamera dapat mengesan subjek yang ingin ditangkap. Ambil sebanyak mungkin gambar sehingga anda benar-benar berpuas hati. - Pilih Gambar Yang Paling Terbaik Untuk Dijadikan Lukisan
Dari ribuan gambar yang kita ambil, tentulah tidak semuanya memenuhi citarasa kita, bukan? Jadi, selepas anda selesai mengambil gambar atau berswafoto, anda terus saja ke aplikasi Gallery untuk memilih gambar yang paling memuaskan hati. Bagi mendapat hasil imej potret AI yang terbaik, pastikan anda memilih gambar yang cukup jelas dan berkualiti tinggi. Dengan pilihan gambar yang tepat, imej potret AI anda akan tampil lebih artistik. - Gunakan Ciri Portrait Studio Bagi Hasilkan Lukisan Potret Anda
Pada gambar yang anda pilih, cari ikon Galaxy AI yang tertera di bahagian bawah gambar tersebut. Tekan ikon ini untuk membuka ruang suntingan dimana anda akan menemui pilihan “Portrait Studio” pada sudut kanan bawah. Hanya tekan pada pilihan ini dan anda akan diberikan dengan beberapa gaya menarik seperti 3D Cartoon, Watercolor, Sketch dan banyak lagi.
Melaluinya, anda boleh pilih mana-mana gaya potret yang paling menarik minat anda dan tekan “Generate” di bahagian bawah gambar. Tunggu sebentar dan Portrait Studio akan menunjukkan beberapa pilihan imej potret AI yang estetik. Anda boleh terus memilih imej potret AI yang paling memikat hati anda. Jika hasilnya masih tidak memenuhi selera, anda boleh menjana semula imej potret AI yang baru atau mencuba gaya lain pula. Apabila anda sudah berpuas hati dengan hasil imej potret AI yang dihasilkan, tekan butang “Save Copy” untuk menyimpannya. Imej potret AI ini boleh digunakan dalam pelbagai tujuan termasuk sebagai avatar peribadi di media sosial.
Kesimpulannya, ciri Portrait Studio yang ada pada Samsung Galaxy Flip6 ini cukup senang untuk digunakan bukan? Melalui gambar anda, ia boleh hasilkan imej potret AI yang cukup memikat hati dengan pelbagai pilihan gaya potret yang ada. Namun, jika anda masih lagi ragu-ragu, anda boleh terus ke Samsung Experience Store untuk mencuba sendiri ciri Galaxy AI yang ada pada siri Samsung Galaxy Z.