TERKINI

TESLA tidak lagi mendominasi Pasaran EV

Gambar arkib

Saham syarikat kenderaan elektrik Amerika Syarikat, Tesla kini merudum teruk hingga menyebabkan nilai pasaran syarikat itu jatuh di bawah AS$1 trilion ketika pelabur mencerna jualan mengecewakan di Eropah.

Menurut laporan terbaru, Model Tesla hanya terjual kurang daripada 10,000 unit di Eropah pada januari, merosot kira-kira 45 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Penganalisis ekonomi berpendapat, antara faktor utama keadaan ini berlaku adalah penglibatan Elon Musk yang aktif dalam pentadbiran Trump yang dilihat negatif oleh kebanyakkan konsumer EV.

Ketika ini Elon Musk semakin lantang dalam menyokong politik berhaluan kanan, yang menyebabkan ramai pelanggan progresif beralih kepada jenama lain.

Di Jerman, selepas Musk menyokong parti ekstrem kanan AfD, jualan Tesla menjunam 76%, walaupun jualan EV lain meningkat.

Terdapat protes dan vandalisme di bilik pameran Tesla di Eropah kerana ketidakpuasan hati terhadap kenyataan dan tindakan Musk.

Selain daripada itu, arus persaingan yang kenderaan EV juga kini semakin kompatetif sekalipun sebelum ini Tesla mendominasi pasaran EV.

Tetapi kini jenama seperti BYD (China), Ford, Volkswagen, dan Hyundai menawarkan EV yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih berpatutan.

EV buatan China, BYD telah mengatasi Tesla dalam jumlah jualan EV di beberapa pasaran utama, termasuk China. Menurut kajian lain, jenama tradisional juga menawarkan lebih banyak insentif, rebat cukai, dan pilihan model yang menarik minat pembeli baru. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp