Mangsa banjir di 5 negeri terus meningkat, lebih 29,000 mangsa di PPS
Jumlah mangsa banjir melibatkan lima negeri terus meningkat petang ini dengan 29,091 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka.