TERKINI

15 Tahun Berniaga Tak Diberi Lesen Perniagaan

Hisham, peniaga warung Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang

PULAU PINANG, 23 Jun 2023 – Peniaga di Pantai Batu Ferringhi meminta bantuan pihak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membantu mengeluarkan lesen untuk mereka menjalankan operasi perniagaan secara sah.

Peniaga-peniaga yang ditemui berkata, mereka sudah memohon lesen perniagaan namun masih tidak membuahkan hasil.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Hisham (gambar) berkata, dia dimaklumkan peniaga di kawasan itu diarahkan berpindah keluar.

“Kami tak dibenarkan berniaga, majlis (pihak berkuasa tempatan) tak bagi kami berniaga, ini kali kedua mereka suruh kami pindah clearkan perniagaan kami.

“Kami minta jasa baik kerajaan, rata-rata peniaga dah berniaga di sini lebih 15 tahun. Kalau boleh kekalkan kami di sini beri kami lesen. Ini salah satu punca pendapatan kami,” katanya.

Perkara itu juga katanya sudah diajukan kepada wakil rakyat namun tiada sebarang jawapan diberikan.

Roslinda, peniaga warung Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Seorang peniaga minuman yang dikenali sebagai Roslinda (gambar), berkata, dia juga pernah memohon lesen perniagaan namun tidak pernah diberikan.

“Tentang perlesenan. Kitorang ada minta nak dapatkan lesen sampai sekarang tak dapat. Kita dah minta lesen tapi tak pernah dapat,” katanya.

Roslinda juga berkata, pihaknya dimaklumkan kawasan itu akan dirobohkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Lepas PRN nanti katanya mereka nak robohkan, ke apa tak tahu, sedangkan di sinilah kami nak cari rezeki,” katanya.

Bagi pengunjung, mereka berharap kawasan perniagaan sepanjang pantai Batu Feringgi dikekalkan kerana dapat menarik pengunjung dari segenap lapisan termasuk warga asing.

Nazri, pengunjung warung Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Pengunjung yang dikenali sebagai Nazri (gambar) berkata, kemeriahan persekitaran terutamanya pada waktu malam membuatkan dia gemar meluangkan masa di sekitar kawasan tersebut.

“Tempat makan ini tumpuan orang luar, inilah yang orang nak cari, kalau tidak ada susah.

“Kami memang suka lepak tempat macam ini. Rasa benda itu lagi best. Tepi pantai. Kalau nak pindah kami tak setuju. Suasana dia kita nak.

“Ini suasana lebih meriah. Kami geng motor suka sidai di tempat ini,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp