KANGAR, 17 mac 2023 – Program dan aktiviti berteraskan pendidikan al-Quran perlu dimartabatkan dalam kehidupan umat Islam, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallulail.
“Kelas-kelas pengajian seperti kelas bacaan al-Quran, tajwid, hafazan dan tafsir perlu dipergiatkan supaya mesyarakat Islam lebih terdidik untuk mencintai al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan,” titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan Istana Arau hari ini.
Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis 2023 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar malam tadi.
Berangkat bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. – sumber BERNAMA