TERKINI

Amerika jangan berlagak ibarat polis dunia, Tun M

Mahathir Mohamad – foto Youtube TDM

PUTRAJAYA, 6 noV 2023 – Amerika Syarikat tidak seharusnya berlagak umpama mereka adalah polis dunia sedangkan gagal untuk menegakkan hak asasi manusia berikutan pencerobohan Israel di Palestin, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu wawancara bersama media RT International, bekas perdana menteri itu berkata Amerika Syarikat perlu sedar terdapat nilai dan budaya lain yang lain di dunia dan perlu dihormati.

“Amerika tak tahu semuanya berkenaan apa yang berlaku dengan dunia. Mereka rasakan Amerika adalah dunia, mereka kena sedar ada negara lain ada pendapat lain dan rakyat lain.

“Amerika kena sedar seperti mana negara lain, mereka kuasa dunia kerana memiliki kelengkapan perang, hantar kapal perang ke sana sini Amerika jangan berlagak macam polis dunia kecuali mereka sedar ada orang lain yang memiliki pendapat lain,” kata Mahathir, dalam wawancara tersebut.

Beliau juga menegaskan dunia barat seringkali melaungkan slogan hak asasi dan kemanusiaan tetapi mereka menyokong tindakan kejam Israel di Gaza.

“Mereka selalu cakap berkenaan moral hak asasi manusia. Mereka sedar apa yang berlaku di Gaza. Tetapi Presiden AS Joe Biden tak sebut langsung kematian rakyat Palestin.

“Beliau kata Hamas serang Israel. Hamas serang Israel kerana 9,000 Palestin dibunuh. Kenapa Amerika dan Britain abaikan ini. Mereka yang tubuhkan Israel.

“Apa yang mereka buat salah. Mereka sokong pencerobohan udang-undang antarabangsa oleh Israel kerana mereka, ujar Mahathir. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp