TERKINI

Amerika milik Yahudi Zionis – Tun M

Mahathir Mohamad – foto Youtube TDM

KUALA LUMPUR, 30 Dis 2023 – Zionis mengawal Amerika, demikian kesimpulan entri terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ulasannya mengenai pengaruh Zionis ke atas Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan tersebut, Mahathir menerangkan bagaimana pengaruh Yahudi Zionis dalam membentuk gaya hidup dan budaya masyarakat dunia dengan menguasai instrumen untuk membentuk minda rakyat Amerika.

“Mereka memiliki minda orang Amerika kerana mereka memiliki instrumen untuk membentuk minda.

“Apakah instrumen tersebut?

“Ia adalah media – media cetak, radio dan TV, pawagam, Netflix dll.

“Media cetak termasuk, akhbar, majalah, artikel, buku (novel, fiksyen, bukan fiksyen) rumah penerbitan, media sosial dan tentera pengaruh mereka.

“Dan kini pelbagai platform di internet. Ada blog, Facebook, X, Instagram dll. Ujar Mahathir.

Menurut bekas perdana menteri ini lagi, keadaan ini telah mengubah gaya hidup dan budaya masyarakat dunia yang mana budaya Amerika dibentuk oleh mereka yang mengawal instrumen untuk menyebarkan idea dan maklumat.

“Orang Amerika melihat ke dalam. Bagi mereka Amerika adalah dunia. Apa yang dilakukan atau difikirkan oleh seluruh dunia adalah tidak relevan bagi Amerika.

“Idea, ideologi dan nilai budaya orang Amerika mudah dimanipulasi oleh mereka yang mengawal media di Amerika.

“Jadi siapa yang memiliki Amerika? Jelas sekali, Yahudi Zionis kerana mereka mengawal media yang berbeza dan mereka memiliki kebanyakan syarikat besar Amerika. Malah, tanpa Yahudi, Amerika tidak akan maju seperti sekarang. Katanya.

Mahathir juga menjelaskan melalui kawalan Yahudi Zionis ke atas media dan institusi kewangan, mereka menentukan pemilihan Presiden dan melaluinya kerajaan.

Mahathir secara konsisten mengkritik Amerika khususnya melibatkan kekejaman Zionid Israel di Palestin. Beliau menyifatkan Amerika tidak mampu berbuat apa-apa dalam menghentikan kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp