TERKINI

Annuar Musa Serah Borang Proklamasi Tanah Air

Foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 30 April 2023 – Tan Sri Annuar Musa telah menurunkan tandatangan Proklamasi Tanah Air dan menyerahkan proklamasi tersebut kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di kediaman bekas Perdana Menteri itu hari ini.

Menurut Ketua Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Sri Khairuddin Abu Hassan, Tan Sri Annuar Musa bersetuju dan menyokong usaha Proklamasi Orang Melayu yang digagaskan oleh bekas Perdana Menteri itu.

“Tan Sri (Annuar Musa) sendiri yang mahu menyerahkan borang Proklamasi Orang Melayu ke tangan Tun Mahathir sebagai simbolik sokongan beliau atas usaha untuk menyatukan orang Melayu.

“Annuar Musa memberi sokongan padu pada gerakan Proklamasi Orang Melayu demi mencari satu daya usaha secara sepadu kearah memertabatkan semula kedudukan orang-orang melayu di negara kita. Ujarnya.

Khairuddin juga memberitahu dalam sesi pertemuan tersebut, Annuar Musa mencadangkan agar satu perbincangan meja bulat di kalangan parti-parti politik Melayu, NGO Melayu dan individu-individu Melayu untuk menyusun strategi bagi memperkemaskan jentera Gerakan Proklamasi Orang Melayu.

Dalam kunjungan hormat tersebut, ia turut dihadiri oleh Datuk Wira Marzuki Yahya sebagai Ketua Sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Dalam ulasannya, Marzuki berkata bahawa akan ada lagi pemimpin dan tokoh Melayu yang akan bersama-sama dalam gerakan ini.

“Usaha ini sedang berjalan, Insyaallah akan ada lagi pimpinan dan tokoh dikalangan orang Melayu yang akan tampil menandatangani Proklamasi Orang Melayu ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Proklamasi Orang Melayu ini tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana butiran proklamasi ini selari dengan perlembagaan yang meletakkan kepentingan orang Melayu sebagai suatu perkara penting.

Beliau juga berkata proklamasi ini tidak berasaskan kepartian sebaliknya secara bebas agar semua parti politik dan rakyat dapat bergerak bersama demi memastikan kuasa politik orang Melayu kekal utuh.

“Proklamasi ini melangkaui parti politik. Jadi semua parti Melayu, tokoh Melayu dan rakyat boleh menyertai gerakan ini. Ini untuk kepentingan orang Melayu tanpa mengira status seseorang. Katanya.

Sebeum ini, Proklamasi Orang Melayu telah dilancarkan oleh Mahathir pada mac lalu yang bertujuan untuk mengumpul sokongan dan menyatukan orang-orang Melayu melangkaui sempadan kepartian dan bersama-sama berusaha untuk memperbaiki nasib bangsa Melayu.

Namun, kontroversi tercetus apabila majlis pelancaran tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir dimana Sekretariat mendakwa terdapat ‘tangan ghaib’ yang mengganggu dan mengagalkan majlis tersebut. – malayadailycom

Facebook
Twitter
WhatsApp