TERKINI

Anwar perlu buktikan dia menolak DEB semasa dalam UMNO – Mahathir

Anwar Ibrahim (kiri), Mahathir Mohamad (kanan) – gambar arkib

KUALA LUMPUR – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti yang dirinya pernah menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) semasa beliau berada di dalam UMNO.

Mahathir Mohamad berkata demikian dalam entri terbarunya yang mendakwa, semasa Anwar di dalam UMNO tidak ada usaha daripadanya menolak DEB.

“Kata PMX (Anwar) sejak dari ABIM lagi dia tentang DEB. Tunjuk bukti. Apabila PMX menyertai UMNO tidak ada usaha olehnya tolak DEB,” katanya.

Menurut Mahathir, sebagai ahli dan pemimpin UMNO pada masa itu, Anwar merima DEB.

“Kalau tolak DEB keluarlah dari UMNO dan sertai DAP. Tidak pula.

Dalam nada yang menyindir, Mahathir berkata tanpa perkauman UMNO, PMX tidak akan mendapat tempat.

“Tanpa UMNO hari ini Anwar tidak akan jadi PMX. Tafsir sebenar ialah menipu kaum untuk mendapat tempat. Tahniah kerana berjaya menipu. Teruskan. Kami tahu awak menipu.

“Kata lain buat lain. Janji lain belum jadi PM. Tunai lain apabila jadi PM,” ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp