TERKINI

Anwar Perlu Tegas Isu Dua Kerakyatan, kata ADT Putra

Zarina Zainal Abidin – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 29 Sept 2023 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya lebih tegas dengan tidak melayani sebarang kenyataan bersifat populariti berhubung dei-kerakyatan, kata Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra Zarina Zainal Abidin.

Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti Putra itu berkata, tiada sebarang kajian seharusnya dijalankan berhubung isu tersebut.

“Putra menolak secara tegas cadangan dua kerakyatan dan menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum bumiputera untuk menentang cadangan ini.

“Sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali. Ini merupakan keputusan muktamad,” katanya, dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Anwar dalam satu soal jawab dalam lawatannya ke New York, baru-baru ini.

“Merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia kepada individu yang telah memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyataan.

“Hakikat utama yang cuba ditegaskan di sini ialah bahawa sesiapa sahaja iaitu rakyat yang telah dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya,” katanya.

Katanya, sehubungan itu kerajaan juga perlu bersikap tegas dan menolak pelaksanaan pengecualian Visa bagi warganegara China yang ingin masuk ke negara ini.

Mengikut rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN), lambakan warganegara China yang telah masuk ke Malaysia dalam tempoh di antara tahun 2018 hingga 2021 dikesan seramai 1.2 juta orang, dan mungkin lebih masih tidak ada direkodkan keluar dari negara ini.

“Ini merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu di ambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelangaran undang-undng dan soal keselamatan negara.

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman menteri pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa,” katanya.

Pelaksanaan perkara itu katanya bakal mengundang lebih banyak mudarat daripada membawa keuntungan kepada negara kita. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp