TERKINI

Apandi Tidak Wajar Terima Pampasan Daripada Dana Awam, kata Tun Mahathir

Mahathir Mohamad (kiri), Apandi Ali (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2023 – Dana awam tidak seharusnya digunakan untuk membayar pampasan kepada bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Apandi gagal menjalankan tugasnya sebagai peguam negara dengan baik, dan disebabkan itu beliau mengambil tindakan menamatkan kontraknya lebih awal.

“Saya bangkitkan perkara ini kerana dana awam tidak boleh digunakan membayar pampasan kepada Apandi ketika ditamatkan jawatan kerana kegagalan melaksanakan tugas.

“Keputusannya tidak mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB menyebabkan kleptokrat menyeleweng berbilion ringgit,” katanya.

Mahathir berkata demikian merujuk pampasan diberikan kerajaan kepada Apandi susulan kes saman terhadapnya dan kerajaan, dalam ulasan di laman Twitter miliknya, hari ini.

“Kemudian lebih banyak dana awam diberikan kepada Apandi yang didedahkan bersubahat dan membebaskan kelptokrat,” kata Mahathir.

Sebaliknya, Apandi seharusnya dituduh di mahkamah kerana tindakannya berkait 1MDB, kata Mahathir. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp