TERKINI

AS$300 bilion Nilai Pasaran Pelancongan Menjelang 2026 – Menteri

Gambar hiasan – foto vocket

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2023 – Malaysia perlu turut sama memanfaatkan potensi pasaran global bagi pelancongan muslim yang dianggarkan mampu mencecah AS$300 bilion menjelang 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, industri pelancongan Muslim global kini dinilai pada anggaran AS$220 bilion dan mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang.

Menurutnya, penglibatan Malaysia khususnya pemain industri dalam sektor produk dan perkhidmatan berkaitan pelancongan mampu menjadi penyumbang untuk melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kita boleh membuka banyak peluang perniagaan dan aliran hasil yang mampu menyumbang kepada KDNK kita serta ekonomi dunia.

“Penglibatan pasaran pelancongan Muslim mempunyai potensi besar untuk negara kita dan industri pelancongan,” katanya dalam Majlis Perasmian Pameran Pelancongan Antarabangsa Umrah dan Haji ke-12 di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur pada Isnin.

“Tahun lepas lebih daripada 300,000 umat Islam negara ini mengerjakan umrah dan kami menjangkakan peningkatan akan berlaku saban tahun berdasarkan kadar pertumbuhan penduduk,” ujarnya. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp