TERKINI

Banjir di Johor Semakin Pulih

JOHOR BAHRU, 20 Mac 2023 – Jumlah mangsa banjir di daerah Batu Pahat terus mencatatkan penurunan, manakala bagi daerah Segamat juga sudah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memeaklumkan seramai 15,907 orang masih ditempatkan di 68 buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang semalam, berbanding 17,125 orang yang direkodkan pada 8 pagi.

“Dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Pasir Puteh di Batu Pahat; dan Balai Raya Batu Badak di Segamat telah ditutup berikutan banjir telah surut, menurut jawatankuasa itu.

Setakat ini sebanyak tiga sungai di Batu Pahat berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini berada pada paras 19,09 meter, empangan Sembrong di Sungai Sembrong dengan bacaan 11.24 meter serta Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.34 meter.

Cuaca di tujuh daerah diramalkan cerah pada petang ini kecuali Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat yang diramalkan hujan. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp