TERKINI

Banjir Selangor dan Perak, meningkat

Banjir di Bangi – foto Majoriti

SHAH ALAM, 7 Nov 2023 – Jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat daripada 597 orang pada Isnin kepada 647 orang setakat jam 8.30 pagi Selasa.

Smart Selangor Operation Centre (SSOC) memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 165 keluarga telah dipindahkan berbanding 157 keluarga pada Isnin

Menurut SSOC, tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berikutan banjir membabitkan empat daerah iaitu Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Petaling.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Perak juga dilaporkan meningkat kepada 299 orang daripada 87 keluarga setakat jam 8 pagi pada Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat berbanding 285 orang daripada 82 keluarga yang dilaporkan tengah malam

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 4.1 meter berbanding paras normal iaitu dua meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan laluan FT147 Jalan Selama di Kerian masih ditutup kepada semua kenderaan dan orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp