TERKINI

Bantuan Kerajaan Kepada Sekolah Persendirian Cina Dipersoal

Gambar hiasan – foto Gemilang daily

KUALA LUMPUR, 21 April 2023 – Beberapa individu mempersoalkan mengapa ada dana khas untuk sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) sedangkan dasar pendidikan mereka tidak selari dengan dasar pendidikan negara.

Seorang Ahli Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air, Azman Hashim mempersoalkan adakah sekolah persendirian Cina ini istimewa di hati kerajaan memerintah?

“Kenapa ada dana khas untuk Sekolah Menengah  Persendirian Cina (SMPC), sedangkan kehadiran mereka tidak selari dengan dasar pendidikan negara. Adakah SMPC sekarang istimewa di hati kerajaan memerintah?

Azman turut berkata bahawa SMPC telah mengenakan yuran bulanan RM 500 kepada pelajar dari tingkatan 1 hingga 6.

“SMPC mengenakan yuran bulanan sebanyak purata RM500 sebulan, untuk sekolah yang ada 30 pelajar satu kelas sebanyak 4 kelas dari tingkatan 1 hingha 6, jumlah kutipan bulanan ialah RM360,000 sebulan bersamaan RM4.3 juta setahun, perlukah mereka diberi bantuan? Ujarnya.

Manakala itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan bantuan yang diluluskan oleh Perdana Menteri ini bermotif politik.

“Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia telah meluluskan  peruntukan kepada sekolah persendirian cina sejumlah RM15. 75 juta selepas Hari Raya merupakan motif kepentingan politik semata-mata.

“Beliau harus mempamerkan sikap terbuka dan untuk memenangi hati nurani kaum Cina ke arah mengekalkan paksi sokongan kepada kerajaan PH. Katanya.

Beliau juga tidak hairan sekiranya Perdana Menteri akan melipat-gandakan peruntukan seperti ini di masa-masa akan datang.

Mengulas perkara yang sama, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Muhammad Fairus Khairuddin berkata bantuan tersebut tidak mematuhi perlembagaan dan membenarkan ia berlaku adalah suatu perlanggaran yang jelas.

“Pemberian bantuan kepada sekolah persendirian Cina ini amat tidak mematuhi perlembagaan ( unconstitutional ). Tiada peruntukan pun dalam perlembagaan Malaysia membenarkan perkara itu malah ia suatu perlanggaran yang jelas nyata menghina semangat perlembagaan dan menghina maruah serta hak bumiputera itu sendiri.

Beliau juga menyatakan bahawa keutamaan harus diberikan kepada pendidikan bumiputera dan sekolah agama kerana ia termaktub di dalam perlembagaan.

“Nasib serta kebajikan institusi pendidikan bumiputera dan lebih khusus lagi pembelaan maslahah serta nasib sekolah-sekolah agama Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan negara itu lebih utama dan penting untuk dibela bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang termaktub jelas dalam perlembagaan negara Malaysia tercinta ini. Ujarnya kepada malayadaily.

Fairus turut mengkritik tindakan ini yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Haharapan (PH) sejak 2019 lalu.

Untuk rekod, bantuan yang diberikan sebelum ini bermula pada 2019: 12 juta, 2020: 15 juta 2021: 15 juta dan 2022: 15 juta.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumukan bahawa kerajaan telah meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp