TERKINI

BICARA MERDEKA: Kita belum merdeka, Mahathir

Mahathir Mohamad – foto malayadaily.com

PUTRAJAYA, 25 Ogos 24 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, walaupun sudah bebas dari penjajah British tetapi negara sedang berhadapan dengan penjajahan kerajaannya sendiri.

Mahathir berhujah bahawa, rakyat kini tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan isu agama, raja dan agama (3R).

“Apabila kita bercakap, polis boleh soal kita, (malah) boleh kurung kita. Ini bermakna ia undang-undang yang dikuatkuasakan polis dalam negara ini.

“Sebab itu saya kata kita tidak merdeka. Rakyat tidak merdeka,” katanya.

Mahathir turut mendakwa, undang undang 3R adalah tidak sah kerana ia dikuatkuasakan tanpa kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, seperti kebiasaannya.

Beliau menambah, ada banyak pihak mahu bersuara bagi memperbaiki kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam tetapi memilih untuk tidak melakukannya.

“Ada pihak lain yang ada peluang untuk berkhidmat untuk agama dan bangsa, tetapi tak keluar mengundi pun. Bukan susah, minta keluar mengundi saja.

“Walaupun kita akui negara ini hak kita, tetapi apabila hak kita dicemari, kita tak buat apa-apa.

“Kalau kita keluar mengundi, pilih wakil rakyat yang boleh bercakap, ia boleh membantu negara,” katanya pada Program Bicara Merdeka: Masa Depan Islam dan Melayu, semalam. Turut hadir ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp