TERKINI

Chegu Bard persoal kerugian Semesta

Badrul Hisham Shaharin (gambar kecil) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 27 Feb 2024 – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan status kewangan syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd atau Semesta yang mencatatkan kerugian selepas cukai untuk tahun 2022.

Dalam satu entri di facebook, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard mendedahkan perkara tersebut berdasarkan laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurutnya, Semesta seharusnya menguntungkan namun berdasarkan laporan SSM menunjukkan syarikat GLC tersebut mengalami kerugian.

“Semesta juga mula buat kerja kerja penyelenggaraan jalanraya dan perbagai perniagaan lain.

“Sepatutnya Semesta lebih untung, namun hakikatnya berbeza apabila meneliti laporan SSM yang menunjukkan Semesta isytihar rugi.

Tambah Chegu Bard, berdasarkan rekod SSM ia juga menunjukkan status ‘unstatisfied’ dengan semua bank.

“Jika ini benar, sangat menyedihkan.

“Dari sebuah syarikat yang mengumpul dana bagi perbagai program bantuan rakyat yang sebelumnya dilihat mustahil tapi kini bertukar ke syarikat rugi.

“Rekod carian SSM juga menunjukkan “charge status” dengan semua bank dan syarikat kewangan berstatus unsatisfied.

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (“KSSB”) ditubuhkan pada 26 Jun 2008 atas inisiatif mantan Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan untuk mengurus eksplorasi, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di Selangor.

Ketika dibawah Dato Seri Azmin Ali, KSSB telah merangkul tempat pertama untuk anugerah ketegori “Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Mineral yang Mampan (Pengedaran Mineral Bukan Logam)” di 2nd ASEAN Mineral Awards (AMA) di Bangkok, Thailand. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp