TERKINI

Chegu Bard Persoal Ucapan Pengarah JSJ Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 10 Okt 2023 – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan tindakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain yang memberi peringatan keras terhadap anggota bawahannya yang didakwa bersekongkol dengan sindiket jenayah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, cara ini (ucapan) seperti sudah menjadi trend dengan memberi ucapan untuk mencari populariti.

“Ini dah jadi trend, bagi ucapan untuk gain (raih) populariti, (tapi) apa kesan dia pada polis?

“Buat pendedahan ada anggota polis ni korup, itu korup ini korup, then tak ada tindakan, semua retorik untuk dapat sokongan, kau bukan orang politik, ujar Chegu Bard kepada wartawan.

Beliau juga mengulas isu ini di laman facebook beliau dengan mengkritik JSJ Bukit Aman kerana didakwa tidak menjalankan siasatan berhubung laporan polisnya terkait isu Hannah Yeoh sejak April 2023.

“Ada banyak laporan polis yang dia (Mohd Shuhaily) tak siasat, laporan polis saya ke atas Hannah Yeoh dia tak siasat, dia pengarah JSJ, dia kena incharge semualah.

“Jangan ‘sembang kari’ macam Anwar Ibrahim, kau bercakap dan kau tak buat apa pun.

“Kalau betul JSJ ada bukti, ada syak wasangka pegawai ‘kawtim’ dengan sindiket, kau tangkap dan kau dakwa.

“Kedua kalau kau cakap kau tahu ada harta ada kereta yang tak setimpal dengan duit gaji, then kau buat apa? Kau memalukan anggota polis dan kau menghakis keyakinan orang ramai terhadap polis. Ujar Chegu bard.

Baru-baru ini, laman Facebook PDRM menyiarkan satu rakaman video yang mengandungi ucapan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi peringatan terhadap anggota bawahannya yang didakwa bersekongkol dengan sindiket jenayah.

Berdasarkan catatan, amaran Mohd Shuhaily itu dibuat pada majlis bersama ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh Malaysia bertempat di Kompleks Cahaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp