TERKINI

Cukai Barangan Mewah Sedang Diteliti

foto kredit Sinar Harian

KUALA LUMP;UR 14 Mac 2023 – Cukai barangan mewah yang dicadangkan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 kini sedang diteliti dengan menekankan kepada kepentingan rakyat.

Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan Datuk Che Nazli Jaapar berkata kerajaan masih mengkaji amalan terbaik cukai itu di negara lain dan bagaimana ia boleh dilaksanakan di Malaysia.

“Apakah jenis item, kategori barangan, had ambang dan bagaimana kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai, adakah aka nada perundangan baharu untuk cukai barangan mewah tertentu atau adakah kerajaan akan mempertimbangkan cukai ke atas cukai sedia ada, sebagai contoh, eksais cukai jualan?

“Libat urus lanjut dengan industri, peruncit, pengilang dan juga sektor pelancongan harus dijalankan kerana kita tidak mahu industri ini menderita apabila kita melaksanakan cukai tersebut,” katanya dalam seminar Belanjawan 2023 disini hari ini.

Che Nazli berkata kerajaan komited untuk memenuhi keperluan rakyat dan memastikan orang awam tidak dibebani dengan sebarang cukai baharu. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp