TERKINI

Definisi Murid Keciciran KPM Berbeza Dengan Definisi NGO – KPM

foto kredit media rania

KUALA LUMPUR, 22 mac 2023 – Bilangan keciciran murid sebanyak 100 ribu yang dianggarkan pertubuhan bukan kerajaan Untuk Malaysia adalah tidak tepat, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan sehingga Jun tahun lepas, kadar keciciran murid di seluruh negara pada peringkat sekolah rendah ialah sebanyak 0.07 peratus manakala di peringkat sekolah menengah pula sebanyak 0.99 peratus.

“Ini disebabkan penggunaan kaedah penganggaran dan definisi keciciran yang digunakan adalah berbeza dengan definisi KPM.

“Definisi yang digunakan oleh pertubuhan tersebut merangkumi keciciran murid dari sistem pendidikan termasuk bilangan murid yang mendaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi tidak hadir dan gagal mendapatkan sijil, menurut kementerian itu.

Penjelasan KPM ini bagi menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chin (PH-Balik Pulau) yang ingin tahu pelan pemulihan dan bentuk Kerjasama antara kementerian mengenai dakwaan pelajar tercicir hamper 100 ribu sebagaimana dianggarkan pertubuhan Untuk Malaysia.

KPM memaklumkan definisi keciciran adalah murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan.

KPM antara lain telah menjalankan program outreach murid tercicir di semua pejabat pendidikan daerah dengan Kerjasama komuniti setempat bertujuan memberi intervensi berfokus bagi membantu murid cicir untuk kembali bersekolah.

Hasil daripada usaha itu, seramai 5,121 murid sekolah rendah dan 1,711 murid sekolah menengah telah kembali ke sekolah berdasarkan data murid kembali ke sekolah Jabatan Pendidikan Negeri pada 2022, demikian menurut Kementerian. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp