KUALA LUMPUR, 14 Sep 2023 – Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul perlu memberikan kebenaran untuk isu membabitkan DNAA Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibahaskan di Dewan Rakyat.
Peguam itu berkata beliau terkejut dengan keputusan Johari enggan memberikan kebenaran untuk usul daripada ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dibahaskan di dalam Dewan Rakyat ketika persidangan sebelum ini.
Menurutnya, langkah itu sama seperti yang berlaku sekitar 2014 di mana isu 1MDB melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak waktu itu dihalang daripada dibahaskan di dalam Dewan Rakyat.
“Parlimen adalah dewan untuk bercakap isu berkepentingan rakyat, apa susahnya nak bincang secara terbuka. Isu berkaitan penarikan kes orang berprofil tinggi isu yang boleh beri kesan besar kepada sostem pentadbiran negara dan rakyat,” kata Rafique. – malayadaily.com