TERKINI

Dunia Harus Belajar Mengurus Populasi Yang Besar – Tun Mahathir

Foto youtube FCCJ Channel

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 – Dengan peningkatan populasi dunia yang kini mencecah 8 billion manusia, dunia harus belajar bagaimana mahu mengurus populasi sebesar ini atau akan berdepan dengan pelbagai masalah dan konflik.

Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi youtube semalam, Tun Dr Mahathir berkata jumlah yang besar ini telah menghasilkan pelbagai masalah kepada semua negara.

“Apa yang ingin saya katakan bahawa populasi dunia telah mencapai ke 8 billion orang.

“Jumlah ini telah menghasilkan pelbagai masalah kerana kita tidak belajar bagaimana mahu mengurus jumlah populasi sebesar ini.

Mahathir juga berkata bahawa populasi yang meningkat tidak sekata dan ia menimbulkan lebih banyak masalah antaranya penghijrahan besar-besaran dari negara miskin ke negara kaya.

“Populasi negara miskin meningkat lebih dari negara kaya. Negara kaya semakin kurang populasi, manakala negara miskin yang bertambah populasi dan ini tentu akan menambah lebih banyak masalah.

“Bila menghadapi masalah ini, maka jalan mudahnya ialah penghijrahan.

“Mereka ini akan berhijrah ke negara kaya, negara makmur dan stabil ekonominya. Ini masalah dunia, bukan hanya masalah negara eropah sahaja.

Mahathir juga berkongsi pengalaman Malaysia dalam isu yang sama.

“Malaysia sahaja memiliki 7 juta pekerja asing sedangkan populasi Malaysia hanya sekitar 33 juta. Jumlah 7 juta ini agak tinggi.

“Jadi kita perlu tahu bagaimana mahu menangani isu penghijrahan ini sepertimana negara eropah perlu menangani isu penghijrahan besar-besaran yang sedang mereka hadapi sekarang.

Mahathir yang dijemput menghadiri ‘Dialogue Session at the Foreign Correspondents’ – “Government of the World” di Tokyo Jepun, juga berkata bahawa peperangan bukan penyelesaian kepada konflik.

“Dunia kini menghadapi masalah yang sama dan tidak boleh ditangani oleh hanya sebuah negara kerana “kita pada dasarnya adalah satu dunia,” kata bekas perdana menteri berusia 97 tahun itu.

Mengulas mengenai krisis perang Russia-Ukraine, Mahathir menggesa rundingan di meja bulat, bukan di medan perang, beliau juga menyifatkan bantuan ketenteraan ke atas Ukraine yang diketuai AS dan serangan tidak terkawal ke atas Rusia boleh mencetuskan perang dunia. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp