TERKINI

Genosid Palestin : Israel ikut jejak Amerika bina negara atas pembunuhan dan rampas tanah – Tun M

Mahathir Mohamad (tengah) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 23 Dis 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis menempelak Amerika Syarikat (AS) dengan menyatakan bahawa beliau memahami mengapa AS menyokong pembunuhan beramai-ramai Israel kerana AS sendiri ditubuhkan dengan menyebelih
orang asli Amerika.

“Jika difikirkan, sokongan kerajaan AS terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel boleh difahami.

“Lagipun Amerika dicipta melalui penyembelihan orang asli Amerika, dan rampasan tanah mereka.

“Kini Israel mahu menyembelih rakyat Palestin dan merampas tanah mereka.

Menurut Mahathir lagi, apa yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin adalah sama dengan apa yang mereka lakukan oleh Amerika, maka Israel layak mendapat sokongan Amerika.

Mahathir dalam satu kenyataan, semalam, menyelar Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden kerana terus menyokong tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk Palestin.

Mahathir mempersoalkan tindakan Israel yang memberi alasan mereka mempunyai hak untuk melindungi dirinya sendiri tetapi kekejaman yang dilakukan mereka ke atas penduduk Palestin sudah lebih 70 tahun.

“Alasan yang diberikan ialah Israel mempunyai hak untuk melindungi dirinya sendiri.

“Tetapi selama 70 tahun Israel telah membunuh beribu-ribu rakyat Palestin, menahan beribu-ribu tanpa perbicaraan, menduduki tanah
Palestin, membina penempatan yang mencemarkan tempat suci umat Islam – semua ini dilakukan oleh Israel. Ujarnya.

Mahathir turut bertanya samada rakyat Palestin tidak berhak untuk melindungi diri mereka atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

“Kita melihat 19,000 penduduk Gaza yang telah dibunuh dan mereka termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi.

“Seluruh kota Gaza telah diratakan ke tanah. Tetapi Biden mahu penyembelihan itu diteruskan. Seluruh Gaza musnah. Biden tidak nampak mengapa penyembelihan dan kemusnahan harus dihentikan. Katanya.

Mahathir mengingatkan Amerika agar berhenti berlagak dengan asas moral yang tinggi.

“Anda tidak mempunyai hak untuk ‘berdakwah’. Malah sekarang anda tidak boleh berhenti membunuh orang kulit hitam. Kami tahu siapa anda sebenarnya. Ujar Mahathir.

Hingga hari ini, kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin sudah memasuki hari ke 77 dan 75 tahun. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp