KUALA LUMPUR, 22 Nov 2023 – Sebuah organisasi bukan kerajaan, Negarawati mendesak agar pintu sempadan di Gaza dibuka untuk membawa keluar semua kanak-kanak khususnya yang memerlukan rawatan dari negara sempadan.
Dalam satu kenyataan, wakil Negarawati Hajjah Bibi Sunita Haji Sakandar Khan berharap negara-negara sempadan Palestin untuk segera memberikan bantuan perubatan kepada mangsa dengan kadar segera.
“Pertubuhan Negarawati Tanahair (Negarawati) mendesak agar semua negara mengambil ketetapan untuk membuka pintu sempadan dan membawa keluar Kanak-kanak khususnya mendapat rawatan yang sewajarnya dari negara-negara bersempadan terdekat dengan Palestin ini dan bantuan-bantuan dapat disalurkan dengan kadar sesegera mungkin.
“Negarawati mendesak agar kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa teramai yang terbunuh ini dihentikan dengan kadar segera.
Menurut Bibi, sejak 7 Oktober 2023 hingga hari ini, jumlah kematian bagi kanak-kanak sudah mencecah 5,600 kanak-kanak yang tidak berdosa.
“Angka kematian melibatkan kanak-kanak setakat hari ini memcatatkan 42% daripada jumlah kematian 13,350
“Lebih dari 31,000 mangsa tercedera dan tidak mendapat rawatan yang sewajarnya bilamana Hospital-hospital di bom, dimusnahkan dan tidak ada kemudahan serta peralatan yang bersih, sesuai untuk merawat mangsa-mangsa yang tercedera ini. Ujarnya. – malayadaily.com