KUALA LUMPUR 14 Mac 2023 – Seramai 38,738 mangsa banjir masih lagi berlindung di 126 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga buah negeri yang terjejas setakat hari ini.
Di Johor, kawasan yang terjejas teruk ialah di Batu Pahat iaitu sekitar 37,827 orang, diikuti di Muar 504 orang dan Segamat 193 orag serta Tangkak 63 orang.
Manakala di Pahang seramai 127 orang di ikuti di Melaka iaitu 24 orang.
Sejak dua minggu lalu, negeri Johor dilanda banjir yang paling buruk sejak 2006. Selain daripada kerajaan pusat, pelbagai lagi agensi dan kerajaan negeri turut membantu dalam bencana kali ini.