TERKINI

‘Himpunan Aman’ Dilancarkan Rabu Depan – Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Sept 2023 – Sebuah sekretariat dibentuk yang dinamakan Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia bertujuan untuk mengembalikan semula integriti dan maruah negara yang tercalar akibat pengguguran kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan media, sekretariat ini dibentuk menggabungkan parti-parti politik, NGO dan individu yang bersetuju dengan asas dan prinsip yang sama.

“Sekretariat juga telah bersetuju bahawa gerakan ini akan dilancarkan menerusi satu ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ pada hari Sabtu, 16 September 2023, di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“Justeru, buat seluruh rakyat Malaysia yang melawan korupsi dan menolak pembebasan perasuah, ayuh hadir beramai-ramai dan berhimpun secara aman bermula dengan solat zohor di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu lagi, himpunan tersebut akan turut dihadiri oleh pimpinan utama parti politik dan NGO akan bermula sejurus selepas solat zohor.

Sebelum ini, Pemuda PN pada 10 Sept lepas dilapor akan mengadakan perhimpunan bersama beberapa NGO di ibu negara pada Sabtu ini, berkenaan isu semasa termasuk DNAA Zahid.

Polis mengingatkan pihak yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mengikut lunas undang-undang antaranya mengemukakan permohonan lima hari sebelum tarikh perhimpunan, dan mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis di kawasan terlibat.- malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp