TERKINI

Hina Islam : Ketua Pembangkang Gesa KDN Tarik Status Kewarganegaraan Pelaku

Hamzah Zainudin – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 9 Mac 25 – Ketua Pembangkang, Dato Seri Hamzah Zainudin menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan untuk menarik balik status kewarganegaraan kepada mereka yang melakukan penghinaan melampau terhadap agama. Beliau berkata demikian menerusi rakaman video di media sosial X beliau, semalam.

“Saya tegaskan kepada kerajaan, Kementerian Dalam Negeri mesti menarik balik status kewarganegaraan sesiapa sahaja yang melakukan penghinaan melampau terhadap agama, supaya mereka tidak merasa kebal di luar negara dan perkara ini tidak berulang. Ujarnya.

Kenyataan tersebut merujuk kepada siasatan Polis ke atas video yang memaparkan beberapa individu mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina umat agama Islam, dipercayai dihasilkan ekoran isu melibatkan penyampai radio yang didakwa membuat penghinaan terhadap agama Hindu.

Berdasarkan laporan terkini, lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp