TERKINI

Hishamuddin Bidas Kenyataan Presiden UMNO

Foto – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2023 – Ahli Parlimen Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang seakan ‘menyindir’ dengan mempelawa bekas ahlinya untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023

Hishammuddin menyifatkan pelawaan yang dibuat secara menyindir itu menggambarkan mentaliti dan pemikiran kepimpinan UMNO sekarang.

“Tidak perlu pelawa ahli yang dibuang ke Perhimpunan Agung UMNO secara menyindir dan sengaja berseloroh. Ini hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepimpinan UMNO. Katanya menerusi hantaran instagram, semalam.

Menurutnya, tindakan tersebut langsung tidak memberi apa-apa sumbangan dalam membantu memulihkan kedudukan parti itu dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi selain memperolehi kejayaan dalam PRN akan datang.

Menurut Hisham lagi, mereka yang dibuang tidak rugi sebaliknya yang rugi adalah UMNO kerana pelawaan sinikal ini.

“Yang dibuang tidak rugi kerana parti telah pun menetapkan hukuman, tidak memerlukan khidmat kami lagi. Yang rugi ialah UMNO yang terkesan dari pelawaan sinikal sedemikian”

“Saya pasti orang ramai lebih rindu kepada UMNO yang asal,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata, UMNO mengalu-alukan bekas ahli untuk hadir ke PAU 2023 sebagai pemerhati dan untuk mengubat kerinduan mereka terhadap perhimpunan tersebut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp