PUTRAJAYA, 2 Mac 2024 – Presiden parti Putra, Dato Paduka Dr Ibrahim Ali menyifatkan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang sedang berlangsung ketika ini sebagai Kongres Malaysian Malaysia.
Dalam satu komenter kepada malayadaily, Ibrahim Ali berkata kongres tersebut dibentuk melalui strutur yang diatur lebih awal yang berbeza dengan keterbukaan kongres yang pernah diadakan sebelum ini.
“Kongres ini di kawal melalui structure yang di atur lebih awal.
“Amat berbeza dengan keterbukaan Kongres Bumiputra sebelum ini. Rumusan saya kongres ini ada atur secara halus, saya namakan Kongres Malaysian Malaysia. Katanya.
Menurut beliau, format kongres ini tidak memberi ruang kepada perbincangan terbuka dan telus, sebaliknya pembentangan hanya berbentuk syarahan dari kalangan pemimpin-pemimpin umno yang memegang jawatan GLC lantikan Kerajaan.
“Hanya ada seorang dua sahaja dari tokoh perniagaan yang tidak terikat dengan kerajaan atau menjaga kepentingan parti atau Kerajaan.
“Perserta inklusif tapi pembicara atau yang bercakap tidak inklusif merentasi parti dan atau tokoh-tokoh akedemik atau profesional yang bebas dari ikatan dengan kerajaan. Ujarnya.
Ibrahim Ali menambah bahawa pembentangan begitu umum sifatnya dan seperti melapurkan hal topik yang ditentukan dan tidak banyak ada cadangan yang dikemukakan.
“Paling sedih peserta tidak ada ruang untuk buat cadangan secara terbuka.
“Soalan-soalan hanya secara bertulis dan di tapis.
“Wakil Putra hantar soalan tapi ditolak. Putra hantar 10 orang terdiri pimpinan dan JK Biro Ekonomi Bumiputra Putra. Katanya.
Ibrahim merumuskan bahawa beliau kecewa dengan KEB 2024 yang dianggap lebih mementingkan hal politik dan tidak ikhlas.
KEB dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, ia bertujuan untuk menetapkan hala tuju, dasar dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera, program tersebut akan berakhir hari ini. – malayadaily.com