TERKINI

Isham Jalil dakwa ribuan ahli UMNO undi PN semasa PRK Sg Bakap

Isham Jalil – foto TV Wau

PUTRAJAYA, 14 Julai 24 – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mendakwa ribuan ahli UMNO telah mengundi calon Parikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Dalam satu ceramahnya, Isham mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Barisan Nasional yang telah keluar dan mengundi calon PN.

“dan saya juga nak ucap terima kasih juga kepada Barisan Nasional sebab di Sungai Bakap akar-akan undi barisan Nasional telah keluar mengundi, tapi dia keluar mengundi undi siapa tuan-tuan? dia undi Perikatan Nasional.

“Saya dimaklumkan dekat situ ada lebih kurang 5,000 akar umbi UMNO dan 3,000 telah keluar mengundi dan mereka telah pangkah Perikatan Nasional dan lepas ni akan banyak lagi tuan-tuan. Katanya.

Dalam ceramahnya, Isham juga mendakwa bahawa ahli-ahli UMNO khususnya, sudah menyedari bahawa UMNO yang selama ini sebagai rumah mereka, bukan lagi sebuah rumah yang mampu menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

“Sebab mereka nampak rumah yang mereka duduk sekarang ini bukan lagi rumah yang menjaga orang-orang Melayu dan Islam, dia dah tak nampak dah rumah ni dah jadi rumah lain so sekarang ni orang-orang akar umbi dan orang-orang Melayu tak nampak lagi UMDAP ni sebagai rumah orang-orang Melayu.

“Rumah tu dah jadi lain, so sebab itu kali ni mereka keluar mengundi ramai-ramai dia tak pangkah dah PH ataupun UMDAP dia pangkah Perikatan Nasional tuan-tuan. Ujarnya.

Baru-baru ini, dalam PRK Sg Bakap, calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan majoriti yang lebih besar iaitu 4,267 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp