TERKINI

Isu Kalimah ‘Allah’ : Mengapa Kerajaan Tak Bincang Sebelum Buat Keputusan ? – Khairuddin

Grafik malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2023 – Tindakan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Bible dipersoalkan kerana tidak berbincang atau meminta pandangan dari semua pihak khususnya Majlis Agama Islam.

Menurut Ketua Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, kerajaan telah melakukan kekhilafan berhubung keputusan tersebut.

“Apa yang menghairankan keseluruhan umat Islam di tanahair kita adalah mengapa Kerajaan Madani tidak berbincang atau meminta pandangan dari semua pihak yang terlibat terlebih terlebih dahulu sebelum membuat keputusan ini.

“Kita tidak mahu membuat satu rumusan secara tergesa-gesa dalam isu  menarik balik rayuan ini tetapi dalam masa yang sama nampak sangat Kerajaan Madani pada hari ini telah melakukan pelbagai kekhilafan yang menimbulkan pelbagai keraguan.

“Keputusan Majlis Agama Islam dari beberapa negeri juga diketepikan begitu saja. Ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menggesa agar Menteri Dalam Negeri memberi justifikasi yang jelas berhubung perkara ini.

“Apapun, keseluruhan umat Islam harus bertenang sehingga Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Kerajaan Madani memberi satu justifikasi yang ‘crystal clear’ dalam isu menarik balik rayuan ini.

Segala bentuk tindakan yang selanjutnya akan diambil setelah kita mendengar penerangan terperinci dari pihak Menteri Dalam Negeri khususnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp