KUALA LUMPUR, 8 Dis 2023 – Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang akan mengadakan perjumpaan bersama wakil NGO IKUT, Zolkifly Md Lazim untuk membincangkan isu berkaitan pengislaman empat orang individu yang menjadi isu baru-baru ini.
Perjumpaan tersebut akan berlangsung hari ini, selepas solat Jumaat. Perkara ini dimaklumkan oleh Zolkifly, hari ini.
Sebelum ini, isu penolakan pengislaman empat orang saudara baru oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dibangkitkan oleh Zolkifly yang juga bekas Adun Telok Bahang, menerusi media malayadaily.com.
Beliau mendakwa pihak berkuasa agama negeri Pulau Pinang enggan mendaftar pengislaman beberapa saudara baru yang memeluk Islam, di negeri itu.
Di media sosial, netizen mempersoalkan masalah ini dan mereka berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera. – malayadaily.com