TERKINI

Isu Sekolah Vernakular : Keputusan mahkamah bukti Malaysia negara bebas

Ahmad Murad Merican – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 27 Nov 2023 – Sarjana terkenal, Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung rayuan kes saman terhadap sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sebagai bukti negara Malaysia sebuah negara bebas khususnya dalam melaksanakan sistem sekolah dalam apa jua bahasa.

Menurut Ahmad Murad, banyak faedahnya dalam mengekalkan sistem vernakular yang mana ini tidak terdapat di semua negara di dunia, kecuali di Malaysia.

“Maksudnya di sini, undang-undang negara dan perlembagaan persekutuan tidak menyekat pembelajaran, pengajaran dan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan. Ini menunjukan Malaysia sebuah negara yang bebas.

“Bebas kerana boleh diwujudkan sekolah yang tidak mengajar dalam bahasa kebangsaan, bebas juga dalam memilih memilih kaedah dan kandungan apa yang diajar walaupun dikatakan menggunakan kurikulum sekolah kebangsaan.

“Jadi banyak faedahnya di Malaysia dalam mengekalkan sistem vernakular. Ini tidak terdapat di semua negara di dunia. Kecuali di Malaysia. Bukan hanya dari segi pendidikan, malah media/suratkhabar dalam bahasa vernakular juga dibenarkan. Katanya dalam satu ulasan kepada malayadaily.

Namun demikian, Ahmad Murad berkata bahawa kebebasan di Malaysia yang diberi ke atas kaum bukan Melayu dalam mengekalkan bahasa dan budaya, serta nama mereka tidak dihargai. Malah mereka mendakwa tidak ada kebebasan dan keadilan di malaysia.

“Jika kita menjadi warga negara di beberapa negara jiran kita, bahasa bukan pribumi pun ditindas, nama seseorang pun mesti mengikut nama budaya kebangsaan dam rasmi negara berkenaan. Nama pun di nasionalkan. Ujar beliau.

“Kita akur kepada undang-undang dan perlembagaan. Tetapi sebagai warganegara kita juga boleh persoalan sistem tanggungjawab moral oleh kaum-kaum berkenaan sebagai warganegara Malaysia. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp