TERKINI

Isu SMJK: Profesor cadang kementerian laksana pendidikan sejarah Malaysia di sekolah vernakular, guna Bahasa Melayu oleh guru-guru Melayu

Ahmad Murad Merican – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 6 Jun 24 – Profesor sejarah sosial dan intelektual, Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican menyifatkan bantahan pihak pengurusan 11 buah sekolah Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang, sebagai tidak menghormati kepentingan kebangsaan.

Ketika mengulas isu pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di SMJK tersebut, Ahmad Murad mencadangkan agar kementerian menekan pendidikan mata pelajaran sejarah Malaysia di sekolah-sekolah vernakular, menggunakan bahasa Melayu dan diajar oleh guru berbangsa Melayu.

“Jadi reasksi saya ialah sepatutnya kementerian menekankan pengajaran subjek sejarah dalam bahasa melayu, oleh guru Melayu, dengan mengunakan kurikulim dan silibus dalam bahasa melayu dan buku teks dalam Bahasa Melayu.

“Ini sejarah Malaysia. Apakah kita mengabai dan mengalpakan subjek sejarah Malaysia di Sekolah vernakukar. Sepatutnya ini tidak ada kompromi. Ujarnya.

Menurutnya lagi, kerajaan telah memberi pilihan dalam pelaksanaan sistem sekolah, justeru harus menggunakan kuasa bagi memastikan kepentingan negara diutamakan.

“Apakah kerajaan tidak ada kuasa dalam menentukan perkara-perkara sebegini atas kepentingan dan keselamatan negara?

“Bagaimana kita nak hormat sekolah vernakular jika puak vernakular tidak hormat kepada kepentingan kebangsaan? Mereka juga tidak hormat dan memperlekehkan sekolah kebangsaan.

“Apa yang jelas ialah puak ini adalah pembenci bahasa Melayu dan masyarakat Sekolah Kebangsaan. Ujarnya.

Tambah beliau, kumpulan tersebut menunjukkan bahawa mereka anti perpaduan.

“Apakah jenis kewarganegaraan seperti ini yang perlu kita toleransi. Ini jelas sekali puak warganegara ini tidak ada kepentingan kebangsaan; Akan sentiasa memulihara bahasa dan kaum mereka tak kira konteks.

Ahmad Murad juga berpendapat bahawa bantahan tersebut bersifat anti perpaduan.

Terdahulu, media melaporkan Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang membantah pelaksanaan secara paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Memetik laporan Harian Metro, sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp