TERKINI

“Jangan Jadi Bodoh Bila Jadi Menteri” – Ketua Pemuda Umno Tempelak DAP

Foto malaysiagazette

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2023 – Ketua Pemuda Umno YB Dr Akmal Salleh menuntut penjelasan daripada DAP berhubung gambar cek memaparkan logo DAP diletakkan pada bantuan kerajaan untuk sekolah.

Adun Merlimau itu berkata, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming seharunya memberikan penjelasan memandangkan beliau turut berada dalam gambar yang tular di media sosial.

“Kami mahukan penjelasan dari menteri Nga Kor Ming, adakah sumbangan ini dari pihak kerajaan?

“Dan jika dari pihak kerajaan, apakah kaitan logo DAP berada di ‘mock up cheque’ sumbangan tersebut?

“Jangan jadi bodoh bila dah menjadi menteri,” kata Akmal, seperti dipetik dari laman media sosial Facebook, miliknya.

Gambar tersebut memaparkan Nga bersama pimpinan DAP menyerahkan replika cek kepada sekolah-sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan di sekitar negeri Perak.

Dilaporkan sebanyak 17 sekolah aliran Cina di Perak menerima sumbangan berjumlah RM1.8 juta daripada Kementerian Pendidikan untuk kerja menaik taraf dan membaik pulih fasiliti sekolah. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp