TERKINI

Jawatan PM, selain perlembagaan, juga ditentukan oleh kaum majoriti – Mahathir

Mahathir Mohamad – foto Kosmo Digital

KUALA LUMPUR, 19 Dis 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa jawatan Perdana Menteri, ditentukan juga oleh dinamik kaum majoriti, walaupun Perlembagaan Persekutuan menyatakan syarat seseorang itu ahli Parlimen dan dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong.

Mahathir dalam satu hantaran di media sosial X mengambil contoh Singapura dimana Lee Kuan Yew mengakui bahawa pemimpin bukan Cina mungkin menghadapi cabaran untuk mendapat penerimaan di kalangan penduduk yang kebanyakannya Cina.

“Di Singapura, Perdana Menteri sentiasa terdiri daripada kaum majoriti Cina sejak merdeka.

“Lee Kuan Yew mengakui pemimpin bukan Cina mungkin menghadapi cabaran untuk mendapat penerimaan di kalangan penduduk yang kebanyakannya Cina.

“Jadi Perdana Menteri Singapura akan sentiasa berbangsa Cina, ujarnya.

Menurut Mahathir, perkara ini juga berlaku di Malaysia kerana kaum Melayu adalah kumpulan majoriti walaupun Melayu berpecah dari segi politik.

“Dan begitu juga, di Malaysia, walaupun orang Melayu berpecah dari segi politik, mereka tetap membentuk kaum majoriti.

Mahathir juga mengingatkan bahawa, Pulau Pinang tidak pernah mempunyai Ketua Menteri bukan Cina. Memandangkan keseimbangan kaum memihak kepada bukan Melayu, namun apabila UMNO mempunyai bilangan kerusi terbanyak di bawah Barisan Nasional, ia memberi laluan kepada Gerakan.

“Sehingga dan melainkan majoriti Melayu merasakan bahawa mereka boleh menerima bukan Melayu sebagai Perdana Menteri, itu adalah status quo ante,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp