TERKINI

Jika berterusan, dalam 10 tahun orang Melayu akan terpinggir

Mahathir Mohamad bersama kru podcast Keluar Sekejap – foto facebook Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA, 14 Nov 2023 – Bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sekiranya keadaan sekarang berterusan, beliau menjangkakan dalam masa 10 tahun lagi orang Melayu akan dipinggirkan dan Malaysia bukan lagi menjadi tanah Melayu.

Ketika menjawab soalan Shahril mengenai masa depan Malaysia dalam program podcast Keluar Sekejap, kadang-kala beliau berasa kecewa kerana setiap jangkaan yang dibuatnya seolah-olah menjadi realiti.

“Bila saya kata dalam masa 20 tahun UMNO akan rosak, dia berlaku. Dalam masa sekian, sekian, dia terjadi, ia terjadi.

“…dan sekarang ini saya nampak dalam 10 tahun, negara kita ini berubah dan bukan lagi Tanah Melayu,” luah beliau.

“Macam Singapura… macam Pulau Pinang, kita duduk di negara kita (tetapi) tak boleh masuk kawasan itu, kawasan ini kerana kita (Melayu) sudah jadi lemah dan kita berpecah.

“Tiap-tiap parti (jadi) kecil-kecil belaka. Orang lain bersatu (tetapi) kita berpecah dan masa depan Malaysia dalam 10 tahun, bukan lagi tanah Melayu,” ujar Mahathir. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp