TERKINI

Jumlah Mangsa Banjir di Kedah Menurun, Tiga Sungai Masih Paras Bahaya

Foto Info Bencana JKM

KUALA LUMPUR, 30 Sept 2023 – [TERKINI] Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 1,524 orang daripada 468 keluarga berbanding 1,889 orang, semalam

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 3 daripada 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah telah ditutup.

PPS Sekolah Kebangsaan Taman Aman, Kota Setar menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 289 orang, diikuti oleh PPS Surau Annur Taman Mesra, Baling seramai 276 mangsa.

Sementara itu, laman rasmi ‘Public Info Banjir’ melaporkan 3 sungai mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Padang Terap , Kepala Batas, Sungai Anak Bukit, Taman Aman, Kota dan Sungai Anak Bukit Jambatan TAR. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp